"setiap waktu ini, aku hanya merenung ke arah bulan itu. ya. aku sangkakan bulan itu seorang gadis... dan aku hanya lah punggok yang merindukan bulan.
rupa-rupanya aku silap. Bulan itu adalah aku. kerana itu lah aku tidak mampu mencapai bulan itu...
dan bintang itu adalah si gadis.
adakah kau sedang melihat ke lautan malam sekarang ini? cuba kau lihat bulan itu, hanya dia di situ. di hurung oleh awan-awan malam. kemanalah perginya sang bintang?
sudikah kau, menjadi bintang hatiku? jiwa yang boleh aku lindungi. jiwa yang boleh aku kongsikan sesuatu. jiwa yang boleh aku melakukan silap dihadapannya. jiwa yang boleh memahami? jiwa yang boleh aku rindui, untuk kesekelian waktunya?"
akhirnya aku tak hantar mesej itu. aku juga tak bercakap dengan begitu dengannya. ya i know, i'm hopeless romantic. silly me.
No comments:
Post a Comment